BARU BUAT SIKIT ALLAH SUDAH BERI BANYAK
Apabila PAS dan UMNO sanggup melupakan sengketa lama. Sanggup mengenepikan perbezaan cara.
Sanggup saling berjabat tangan, saling bermaafan dan berkasih sayang atas nama Allah…..
Lantaran bimbang melihat keadaan negara yang telah ditadbir oleh musuh islam
Lalu Allah pun telah mendatangkan hadiah jatuhnya kerajaan fitnah tanpa sebarang susah payah mengadakan pilihan raya.
Pada saat ini….
Perbendaharaan Malaysia tidak lagi diurus oleh orang yang bukan ahlinya.
Menteri perpaduan juga bukan lagi terdiri dari individu yang suka meniupkan api perkauman.
Menteri agama bukan pula orang yang menyokong perlakuan umat Nabi Luth
Bahkan banyak lagi nikmat penyelesaian kpd kerunsingan umat islam telah Allah anugerahkan.
Itu baru sekadar 2 parti komponen masyarakat islam sanggup berdamai kerana Allah dan berjabat salam
Belum lagi seluruh rakyat Malaysia beristighfar, memperbaikki silaturahim sesama saudara , memeriahkan masjid terutama sekali semasa solat subuh…..
Memantapkan zikir dan amalan para wali serta orang-orang soleh dahulu kala….
Entahkan…..
Segala dunia dan isi yang tertanam di bawah bumi nusantara ini Allah limpah keluarkankan untuk dimanfati oleh hamba-hambaNya yang soleh.
Sesungguhnya…..Allah memang sudah berjanji bahawa bumi ini
sememangnya hanya diwarisi oleh hamba-hambaNya yang soleh….
Drfaridah hamzah

