Setiausaha Agung UMNO baru angkat sumpah jadi menteri semalam.
Oleh kerana PH masih jerit-jerit “kerajaan pintu belakang”, mandat dirompak, “yang kalah jadi kerajaan” dan asyik salahkan BN-PAS, Annuar Musa pun cabar PH untuk tuntut parlimen bubar dan PRU diadakan.
Menteri pun dia tak nak jawat. Dia sanggup lawan dalam PRU.
PM ke-7 juga mengaku semalam bahawa PH sudah tidak ada peluang menang undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat untuk jatuhkan kerajaan PM8.
Ya, tak ada peluang dah. Ramai dah lompat.
Sebab itu, PH nak tunggu apa lagi?
Tuntutlah parlimen dibubar serta-merta dan PRU diadakan.
Malaysia pun perlu sebuah kerajaan yang stabil dengan majoriti yang besar untuk menangani krisis ekonomi dan memulihkan kerosakan rejim gagalkrasi PH.
Sehingga kini, PH tak berani tuntut parlimen dibubar dengan menggunakan alasan bahawa kos PRU terlalu tinggi (RM800 biliyun, kata Ambiga) serta kebimbangan tentang risiko wabak Covid.
Tapi yang paling pelik ialah mereka asyik ajak orang datang beramai-ramai untuk hadir ceramah-ceramah jelajah entah apa mereka.
Hadir beramai-ramai untuk dengar Mat John kelentong bermodal air liur dalam ceramah tak berisiko untuk jangkit Covid ke?

